Showing posts with label Label 2 : Life As A...Writer. Show all posts
Showing posts with label Label 2 : Life As A...Writer. Show all posts

Sunday, December 2, 2018

Speed Reading

Di majlis ilmu Whole-Brain Speed Reading, saya belajar dari Tuan Akbar bila kita baca buku bukan fiksyen, kita sering lupa apa yang kita baca. Mungkin kemudian nanti, kita perlu ulang baca buku tersebut untuk cedok kembali ilmu dalam buku itu.

Kenapa perlu begitu? Sebab kita tak lakukan recall dan review selepas baca buku. Tuan Akbar syorkan selepas baca buku lebih kurang 10- 15 minit, kita boleh
- amalkan instant stress relief : deep breathing dan stretching dan
- recall atau ingat semula fakta yang baru kita baca.

Bagaimana nak recall?
- mind mapping
- tulis
- bercakap mengenainya
- tulis keywords yang boleh bantu kefahaman dan ingatan kita

Bila baca, kita guna otak kiri. Bila recall, kita aktifkan otak kanan. Tuan Akbar beritahu tentang teknik pembelajaran guna multisensori VAK (visual, auditory, kinesthetic). Mengingatkan saya cara saya belajar sebagai persediaan menghadapi STPM (ada diceritakan dalam buku saya Budak Kelas Belakang).

Rupanya teknik VAK yang saya juga guna untuk ajar murid tadika boleh diaplikasikan untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Visual : baca
Auditory : say it loud atau cerita dengan orang lain. Kita dengar apa yang kita kata/ cerita.
Kinesthetic : tulis, mapping.

Bila recall, kita boleh tulis di buku nota yang mungkin hanya kita perolehi manfaat. Lagi bagus jika kita kongsikan di media sosial seperti Facebook/blog yang lebih ramai boleh dapat manfaat. Jika kita kongsi ilmu, bukan sahaja kita dapat manfaat dunia, kita dapat manfaat akhirat juga.

Begitu juga bila hadir majlis ilmu. Sering kita lihat dan baca rakan-rakan hadir ke majlis ilmu. Mungkin ada di antara kita hanya mampu lihat dan baca kegembiraan mereka. Kekangan waktu dan duit mungkin jadi penghalang untuk bersama mereka. Sering kita lihat selepas majlis ilmu, selfie dan wefie bagai, tiada ilmu yang dikongsikan.

Recall apa yang kita belajar dengan berkongsi ilmu dengan orang lain. Dengan cara berkongsi ilmu kita akan lebih ingat apa yang kita baca/dengar.

Proses berikutnya adalah Review. Bagaimana kita boleh aplikasikan apa yang kita baca dalam kehidupan kita. Perlu tak buat apa-apa pindaan/tambahan kepada apa yang kita baca.

Review apa yang kita baca selepas :
- 1 jam
- 1 hari
- 1 bulan
- 3 bulan kemudian

Jika ketiga-tiga proses ini dilakukan, ilmu dari apa yang kita baca dan apa yang kita dengar tersemat kukuh dalam minda, dalam subconscious mind, insyaAllah dan boleh digunakan bila perlu.

Tidak kira sama ada kita pelajar atau pelajar sepanjang hayat, boleh amalkan teknik 3R ini.

Yang penting bukan berapa banyak buku kita ada, berapa banyak buku kita baca, berapa lama kita baca dan berapa banyak muka surat kita habis baca. Yang penting berapa banyak ilmu kita ada yang boleh kita amalkan dan kongsi dengan orang lain.

Bersama Bapa Viral Kebangsaan

Cuti sekolah dimanfaatkan sepenuhnya dengan hadir kursus-kursus berkairan penulisan dan pemasaran hasil karya.

Salah satu grup whatsapp hantar poster 2 jam bersama bapa viral kebangsaan, Tuan Khairul Hakimin.

Ilmu yang diperolehi :

1) Fb : text : education : content/story
IG : visual : entertainment : talent

Kalau ada bakat, boleh fokus pada IG. Jika tidak, fokus pada konten/cerita di FB.

2) Cari niche : hantaran ( post) di Facebook ada 3 kategori : crowd, side, RM.

Post 8 crowd/side, 1 post jual. Hard sell lagi berkesan.

3) 5 matlamat tulis di Facebook :

Educate crowd
Inform crowd
Inspire crowd
Convert to Rm
Entertain side

Ucapan hari lahir, ulang tahun perkahwinan bukan konten.

4) Tulis hantaran mengenai ;

Kehidupan
Ulasan - mesti ada fakta, emosi, bahasa dan impak positif
Perkara/isu serius - guna nombor, contoh 7 tip kembara ke Istanbul
Iklan - soft sell, hard sell, show dont sell
Fun - selfie, wefie

5) Bank konten - tulis kerap, simpan dalam bank konten. Susun konten dan tentukan bila nak post di Facebook. Ada 2 folder perlu dibuat - published & belum up (sila namakan folder ikut suka anda. Ini contoh)

6) Link laman web atau blog lebih baik dikongsi di komen.

7) Masa terbaik untuk post dari 7 pagi hingga 10 malam.

8)* 4 jenis video disyorkan

- Live
- Story video
- Visual content - banyak info dan banyak perkataan
- Punchline - contoh GIF

9) Dos and donts : elakkan
- post, komen, like post berbaur politik
- post berbaur racist perbandingan produk, servis
- post tunjuk pandai tak bertempat

10) Untuk tulis konten bagus, tak dapat elak - kena baca banyak buku.

Bergambar bersama Tuan Khairul Hakimin dan guru penulisan saya yang pertama; Tuan Zamri Mohamad serta BFF; Acik Mas yang kini ikut jejak langkah saya belajar Strategi Pernigaan Internet selama 9 bulan di Akademi Irfan Khairi.

Wednesday, November 21, 2018

Dare to Dream

Baru-baru ini saya berkesempatan hadir perkongsian ilmu dan pengalaman anjuran Safinah Institute Singapore. Mereka dalam rangka lawatan program Safinah Book Tour Kuala Lumpur 2018. Ada 4 slot berasingan. Setiap satu dikenakan bayaran berbeza. Saya pilih Writing With Purpose dan Dare to Dream. Slot lain adalah Healing Through The Words of The Merciful dan When They're Gone.

Saya memang menanti slot Neollene Ain, seorang pengembara tegar dan penerbit filem. Jujur, saya tidak pernah kenal atau dengar nama Neollene sebelum ini. Rupanya beliau adalah seorang arkitek yang meninggalkan zon selesa demi sebuah cita-cita - mengembara dan merakam kembara dalam bentuk gambar dan video.

Terasa diri punya persamaan dengan Noellene. Saya meninggalkan zon selesa bekerja sebagai peguam kerana inginkan masa untuk melakukan perkara/aktiviti yang saya suka. Sewaktu bekerja, duit ada, masa tiada. Hatta bila bercuti di luar negara, ada kalanya terpaksa melayan panggilan telefon dari client.

Berhenti kerja, keluar dari zon selesa kerana inginkan masa untuk membaca dan kembara. Dulu setiap kali kembara, gigih menulis di blog iamaprincipal.com. Sekembali dari umrah pada tahun 2013, nekad tutup blog ini walaupun telah mempunyai ramai pengikut dan entri lebih 600. Terlalu banyak gambar diri sendiri dan rakan-rakan tanpa hijab dan tutup aurat tidak sempurna. Kesal? Lebih baik kesal di dunia dari kesal di akhirat.

Berbalik kepada slot Neollene. Cerita keluar dari zon selesa dilakukan oleh ramai orang. Ini bukan sesuatu yang luar biasa. Apa yang luar biasa, pengalaman Neollene selepas keluar dari zon selesa. Bermula dari merakamkan memori kembara hingga akhirnya buka jalan untuk jadi penerbit filem, penceramah, ikon. 

Biidznillah, saya percaya jalan yang saya pilih mampu mengikuti sedikit sebanyak jejak langkah Neollene. Cuma medium berbeza. Saya lebih gemarkan rakamkan kenangan kembara dalam bentuk tulisan.

Beberapa tawaran tulis buku solo dan antologi saya tolak. Tawaran untuk kongsi ilmu dan pengalaman di pentas juga saya tolak. Memang sayang lepaskan peluang yang tidak diperolehi oleh semua penulis terutama penulis baharu seperti saya. Impian jangka pendek saya jelas. Mungkin jalan ini tidak mahu ditempuhi oleh penulis usia hampir separuh abad seperti saya. Belajar sesuatu yang baharu terutama yang melibatkan teknikal bukan mudah.

Begin...the rest is easy insyaAllah.

Saturday, November 17, 2018

Writing With Purpose

Hari ini aku hadir majlis ilmu bertajuk Writing with Purpose. Penceramah adalah 3 penulis Melayu Islam dari Singapura. Ini bukan kali pertama aku mendengar perkongsian ilmu dalam Bahasa Inggeris tapi dari penulis Melayu Islam, ini kali pertama.

Peserta lebih kurang 20 orang sahaja. Bilik ceramah selesa. Terkedu aku mendengar perkongsian mereka. Setiap ayat nama Allah dan/atau RasulNya pasti disebut. Buku-buku yang mereka tulis juga adalah tentang Islam.

Buku pertama aku tulis benar-benar untuk dapatkan pendapatan sampingan. Alhamdulillah hasil jualan boleh tahan juga. Itu belum termasuk royalti jika dibayar.

Perkongsian penulis-penulis ini huat aku semak semula niat aku menulis. Aku kini berazam untuk tulis lillahi taala. Aku berharap karya aku berikutnya mampu mengajak pembaca kembali kepada Allah atau sekurang-kurangnya mengingati Allah. Aku juga berharap karya aku berikutnya mampu memberikan ilmu yang bermanfaat kepada pembaca dan melayakkan aku mendapat pahala yang berterusan biidznillah.

Bercerita tentang ilmu yang bermanfaat, aku teringat satu cerita. Dalam satu majlis ilmu bertajuk Heart Therapy, duduk sebelah aku - seorang wanita dalam lingkungan usia 40an juga. Ketika waktu rehat, Setelah berbasa basi, ditunjuk seorang budak lelaki dan perempuan berdiri berhampiran pentas.

"Itu anak-anak saya. Puan ada berapa orang anak?" tanya beliau kepada aku.

"Saya tidak ada anak."

"Dah lama kahwin?"

"Alhamdulillah, sudah 12 tahun."

"Rugi sikit kalau takde anak. Bila kita meninggal, hanya tiga perkara yang boleh membawa manfaat kepada kita. Salah satunya anak yang akan mendoakan kita."

Air mata aku hampir tumpah ketika itu. Bukan aku sedih tidak dikurniakan cahaya mata. Aku sudah lama reda. Aku tahu Allah tahu ini terbaik untuk aku. Cuma aku terkilan, kata-kata itu lahir dalam majlis ilmu tazkiyat al-nafs; majlis untuk mengubat hati, dari mulut seorang wanita yang bertudung labuh, yang aku kira lebih arif tentang qada dan qadar Allah.

Dulu, aku kecewa kata-kata ini dilontarkan kepada aku. Kini kata-kata ini jadi pendorong untuk aku tulis karya yang bermanfaat agar bila aku perlu kembali kepada Dia, masih ada pahala yang mengalir untuk bekalan aku.


Sunday, November 11, 2018

Impian Kecil

Impian aku menjadi penulis aku gapai dengan terbitnya buku kisah hidup aku - Budak Kelas Belakang. Kadang-kadang aku seakan tidak percaya buku tulisan aku menghiasi rak-rak kedai buku besar seperti MPH, Popular, Pustaka Rakyat, Pustaka Mukmin, SMO Bookstores dan Gallery Bookstores. Jika sebelum ini hanya melihat buku orang lain di rak buku, kini buku sendiri dipasarkan untuk bacaan orang lain.Malah lebih buat aku gembira - Budak Kelas Belakang pernah masuk carta Top 10 Bestsellers MPH selama 4 minggu. Juga pernah masuk carta Top 20 Bestsellers Popular.

Buku kedua dan ketiga yang aku rancang adalah dalam format ebook. Ebook pertama sudah siap ditulis, hanya tunggu aku sunting buat kali pertama. Aku pernah hadir kelas Tuan Izan Shafie. Beliau pakar dalam pemasaran online terutama FB Ads. Aku tidak ada produk untuk dipasarkan waktu itu. Aku berharap dapat belajar cara menjual ebook.

Bila Tuan Izan tanya,

"apa impian puan?"

Aku jawab,

"saya berharap dapat tulis dan jual ebook kepada 200 pembeli."

Tuan Izan kata impian aku terlalu kecil. Beliau jual 5000 ebook sebulan.

Baru-baru ini aku mendapat jemputan dari Tuan Nasrul, Ustaz Kartun untuk berkongsi ilmu dengan penulis baharu di Alor Setar, Kedah. Tajuk "Tulis Sampai Terbit - Pengalaman Penulis Budak Kelas Belakang." Pada mulanya aku bersetuju. Kemudian aku mohon maaf kepada Tuan Nasrul mengatakan aku tidak yakin dapat kendalikan bengkel sehari.

Aku rasa lebih yakin jika aku hanya diberi slot satu jam dalam mana-mana bengkel penulisan. Tanpa segan silu aku komen di post Puan Sri Diah jika dia sudi undang aku untuk kongsi pengalaman dalam bengkel yang beliau anjurkan. Puan Sri Diah hantar mesej kepada aku,

"...mahukah jika saya pelawa puan ke sesi di Pulau Pinang pada 8 Disember 2018?"

Pada mulanya aku bersetuju. Sejam kemudian, aku minta maaf. Aku tidak dapat melakukannya.

Pada mulanya aku marah pada diri sendiri.

'What is wrong with me?'

Mana perginya Emylia Mohd Nor, penulis Budak Kelas Belakang yang tidak suka berada terlalu lama di zon selesa, yang sukakan cabaran, yang jadikan begin, the rest is easy sebagai moto hidup?

Lama aku memikirkan peluang yang aku tolak. Terngiang kembali kata-kata Tuan Izan yang aku mempunyai impian kecil. Peluang bercakap dan berkongsi pentas dengan penulis terkenal peluang terbaik untuk aku self branding dan promosi Budak Kelas Belakang. Bukan semua penulis baharu dapat peluang seperti ini.

Bila aku dapat kembali berfikir secara rasional, aku tidak menyesal tolak tawaran yang diterima. Aku rasa masa tidak sesuai. Aku masih baharu dalam bidang penulisan, tidak banyak yang dapat dikongsikan. Tarikh bengkel yang dicadangkan dalam bulan November dan Disember juga pasti memenatkan aku. Dua bulan ini aku paling sibuk. Aku perlu kerja 6 hari seminggu untuk pendaftaran pelajar baharu. Aku juga gigih menulis ebook kedua - Aku dan Dia : Istanbul. Aku tidak mahu diri terlalu stres cuba buat banyak perkara dalam satu masa.

Buat masa ini, mungkin impian aku masih kecil. Di usia 46 tahun, di saat ramai rakan-rakan sebaya aku hanya "follow the flow," aku akan pastikan aku tidak berada di zon selesa ini terlalu lama. Biidznillah.