Readers aren’t born, they are made
Desire is planted – planted by parents who work at it
- Jim Trelease -
Literasi
awal adalah proses perkembangan kemahiran asas membaca dan menulis sebelum anak
belajar membaca dan menulis secara formal. Literasi awal bukan bermakna mengajar anak membaca dan
menulis; ia memerlukan ibu bapa mengamalkan interaksi positif dengan anak dan
menyediakan persekitaran yang kaya literasi sejak anak dilahirkan.
Sebelum
1966, literasi dianggap bermula bila anak menerima pendidikan formal; belajar
membaca dan menulis di tadika/ sekolah. Pada tahun 1966, pengkaji dari New
Zealand, Marie Clay memperkenalkan
konsep “emergent literacy” atau pemunculan literasi yang mengandaikan anak
belajar tentang bahasa, membaca dan menulis sebelum mereka menerima pendidikan
formal. Clay mengatakan perkembangan literasi ini boleh berlaku sejak bayi lagi
dan ianya adalah proses berperingkat. Tahun 1970an dan 80an menyaksikan banyak
kajian dilakukan tentang perkembangan bahasa, pendidikan awal kanak-kanak.
Kepentingan Literasi Awal
Kognitif
Maria Montessori menggelarkan peringkat
umur 0-6 tahun sebagai sensitive periods. Pengalaman dan pengetahuan yang anak
dapat ketika di usia ini mempunyai kesan langsung ke atas kualiti dan kuantiti
pembentukan “neuron” dalam otak. Kajian terbaru menamakan peringkat umur ini
sebagai “windows of opportunity”.
Peringkat usia ini penting kerana mudah
dan cepat bagi anak menguasai sesuatu kemahiran. Bila sensitive periods berlalu
atau windows of opportunity berakhir, untuk menguasai sesuatu kemahiran akan
jadi lebih sukar.
“What is remarkable about the cortex in
the critical period is that it is so plastic that its structure can be changed
just by exposing it to new stimuli. The sensitivity allows babies and very young
children in the critical period of language development to pick up new sounds
and words effortlessly, simply by hearing their parents speak, mere exposure
causes their brain maps to wire in the changes. After the critical period older
children and adults can, of course learn languages, but they really have to
work to pay attention....in the critical period the learning machinery is
always to be on because babies cant possibly know what will be important in
life, so they pay attention to everything”
- Norman Doidge, The Brain That
Changes Itself-
Ramai ibu bapa menantikan anak masuk
tadika bila usia 4, 5, 6 tahun baru mula mengajar anak membaca dan menulis.
Rugi jika dibiarkan usia anak sebelum masuk tadika berlalu begitu saja. Apatah
lagi dengan penggunaan gajet berleluasa sedari bayi lagi. Ibu bapa perlu
mengambil peluang di peringkat usia ini mengajar anak kemahiran literasi secara
tidak formal. Perlu diingat anda adalah
guru terbaik anak anda.
Parents should begin reading aloud to
children at birth. It feeds the child’s hungry brain with data for language
development, speaking, and early word reading. It’s a wonderful way to bond and
leads to cognitive, social, and emotional development.
—Richard Gentry, Raising Confident Readers, 2011
Anak yang tahu nama dan bunyi huruf,
tahu membezakan pelbagai bunyi dalam perkataan, tahu fungsi cetakan/tulisan
berpotensi lebih tinggi dapat membaca dengan baik dan lancar bila masuk tadika
(Snow, Burns & Griffin, 1998).
Fizikal
Sepanjang menguruskan tadika selama 11
tahun, saya mendapati semakin ramai anak yang masuk tadika, pergerakan motor
halus sangat lemah. Ada yang cuba menukar muka surat buku seperti “swipe” skrin. Mereka tidak mampu memegang pensel
dengan baik. Bila pensel tidak dapat dipegang dengan baik, mereka mudah penat
menulis, bosan menulis, tulisan juga kadang sukar dibaca.
Bahasa
Membaca adalah kemahiran “language-based (Catts &
Kamhi, 1986; Liberman, 1983; Perfetti & Lesgold, 1977; Synder, 1980,
Vellutino, 1979). Perhubungan antara bahasa pertuturan dan membaca adalah
“reciprocal” (Kamhi & Catts, 1989; Stanovich, 1986; Wallach & Miller,
1988)
Menurut pemerhatian Montessori, sedari bayi lagi,
tanpa dipaksa, bayi akan fokus kepada suara manusia. Mereka akan memerhatikan
ibu bapa atau penjaga bercakap, memerhatikan pergerakan bibir dan bunyi yang
didengari bila bercakap. “All the fundamental construction of language take
place” sebelum usia 3 tahun.
Bayi akan memerhatikan pergerakan bibir dan bunyi yang
dia dengar. Lagi kerap anda bercakap dengan anak anda, lagi banyak perkataan
yang dia dengar, lagi banyak perbendaharaan kata yang dia tahu. Bila membaca/
bercerita kepada anak, anak dapat dengar struktur ayat yang lebih kompleks,
yang biasanya tidak dapat didengar dalam perbualan harian.
Ahli psikologi Betty Hart dan Todd Risley telah
menjalankan satu kajian mengikuti perkembangan bayi dari 42 keluarga golongan
professional, pertengahan dan bawahan. Mereka melawat setiap rumah sejam
sebulan selama dua setengah tahun. Di setiap lawatan, mereka rekodkan bagaimana
keluarga berinteraksi dengan bayi dari usia anak 7 bulan hingga 3 tahun.
Hasil kajian –
1) bayi dari keluarga
professional mendengar 45 juta perkataan sepanjang tempoh kajian,
2) bayi dari keluarga
pertengahan mendengar 26 juta perkataan;
3) bayi dari keluarga
bawahan mendengar 13 juta perkataan
Anak yang
mendengar lebih banyak perkataan di usia 3 tahun mempunyai perbendaharaan kata
lebih luas, struktur ayat lebih kompleks. Anak yang kurang interaksi di rumah,
bila masuk ke tadika jauh ketinggalan dari segi perbendaharaan kata. 3 tahun
kemudian, hasil kajian mendapati anak yang mendengar lebih banyak perkataan
semasa kecil mempunyai IQ yang lebih tinggi, boleh membaca, menulis, mengeja
dengan baik.
Emosi dan Sosial
Bila anak berusia 18 bulan ke atas, anak akan
menggunakan bahasa sebagai perantara untuk belajar dan komunikasi. Bahasa dan
komunikasi mainkan peranan penting dalam proses perkembangan emosi dan sosial anak.
Tanpa literasi awal, perkembangan dan penguasaan bahasa anak agak terhad. Ini menyebabkan
anak :
1) tidak mampu mematuhi
arahan guru kerana tidak memahami apa yang diperkatakan;
2) sukar mendapat kawan
kerana interaksi terhad bersama rakan sebaya;
3) menjadi pemalu kerana
sukar menyuarakan apa yang dia rasa, kehendak, pendapat, idea dan sebagainya.
Literasi awal dapat membantu mengesan anak yang lambat
bercakap dan intervensi boleh dilakukan sebelum anak melangkah ke tadika. Ini
penting supaya anak mampu mematuhi arahan guru, mampu berkomunikasi dengan baik
dengan rakan sebaya dan guru, mampu melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan
dalam kelas.